Home Semasa Pakatan jahat diketuai pemimpin parti dalang disebalik video intim – Polis

Pakatan jahat diketuai pemimpin parti dalang disebalik video intim – Polis

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Jul – Ketua Polis Negara mendedahkan skandal isu video intim Haziq telah didalangi oleh seorang pemimpin parti politik.

Beliau menyatakan perkara tersebut dalam satu siaran media yang dikeluarkan pada petang tadi.

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin dari sebuah parti politik,

“Penyebaran video tersebut adalah bertujuan untuk mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu,” katanya.

Beliau menambah, video yang disebarkan adalah bertujuan untuk membangkitkan kegusaran masyarakat dan dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Dalam kenyataan yang sama, Datuk Seri Abdul Hamid Bador turut menjelaskan ketulenan video intim yang didakwa melibatkan invididu mirip seorang Menteri kanan.

“Kebarangkalian video tersebut tulen adalah tinggi,” jelas Hamid.

Jelasnya lagi, proses pengecaman wajah pelaku adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku dalam video kontroversi tersebut dengan individu yang dimaksudkan (menteri).

Pengesahan tersebut adalah hasil analisis dari pihak Cybersecurity Malaysia terhadap video yang tular pada Jun lalu.

Terdahulu, Hamid dilaporkan telah mengesahkan ketulenan video kontroversi tersebut dalam satu rancangan bual bicara yang dikendalikan oleh stesyen TV tempatan, semalam.

Related Articles

Leave a Reply