Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Doktrin tahap kompetensi perlu dikemaskini selari senario semasa – Panglima

Doktrin tahap kompetensi perlu dikemaskini selari senario semasa – Panglima

by Bernama

TAIPING, 16 Julai – Doktrin tahap ujian kompetensi membabitkan tiga tred atau bidang dalam Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) perlu dikemaskini sejajar dengan senario serta keperluan semasa.

Tiga tred atau bidang itu adalah pengurusan pengangkutan kenderaan; pentadbir logistik dan chef tentera, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

“Selain kemahiran bertempur sama ada semasa negara atau peperangan, kepakaran lain juga perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Ujian Kompetensi KPD di Pusat Latihan Kor Perkhidmatan Diraja (PULMAT) di sini, pada Selasa.

Ujian Kompetensi KPD tahun ini melibatkan lapan pegawai serta 227 anggota lain-lain pangkat dan bermula sejak 7 Julai lepas.

Antara ujian yang dilaksanakan adalah Penilaian Kemahiran Pengangkutan, Penilaian Kemahiran Hantaran Udara, Penilaian Kemahiran Bomba, Ujian Kepakaran Pemeriksa Stok serta Ujian Kemahiran Memasak dan Seni Kulinari.

Menurut Ahmad Hasbullah, ujian itu bertujuan menguji keupayaan dan menilai kemahiran para anggota KPD bagi semua perkhidmatan dalam KPD.

“Kita akan melihat sejauhmana kemampuan dan tahap kompetensi yang dilakukan dalam memastikan mereka yang terlibat mengikut arahan sebelum penilaian selanjutnya dibuat.

“Keupayaan yang dipamerkan menunjukkan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan berdasarkan landasan yang ditetapkan,” katanya. – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply