Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Lelaki disyaki sakit mental ditahan cuba ceroboh kem tentera

Lelaki disyaki sakit mental ditahan cuba ceroboh kem tentera

by Bernama

SEREMBAN, 4 Julai – Seorang lelaki disyaki mengalami masalah mental ditahan selepas cuba menceroboh sebuah kem tentera di Jalan Rasah,di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Rosli Ishak berkata dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, penuntut sebuah kolej swasta berusia 26 tahun itu dikatakan cuba memasuki kawasan berkenaan sebelum disedari oleh anggota tentera yang bertugas di kem berkenaan.

“Anggota yang bertugas kemudiannya menahan lelaki terbabit untuk pemeriksaan dan menemui sebilah pisau dan memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai kem sebelum menghubungi polis,” katanya di sini, pada Rabu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal ke atas lelaki berkenaan mendapati suspek disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

“Lelaki tersebut kini dihantar ke hospital berkenaan bagi menerima rawatan lanjut,” katanya. – Bernama

Related Articles

1 comment

Malaysia 4 July 2019 - 12:44 pm

Sila padam post ini. Laporan polis telah pun dibuat terhadap Kem Tentera tersebut kerana membocorkan highly classified evidence ke media. Perkara ini akan dibawa ke pihak atasan dan mahkamah dan juga SKMM.

Reply

Leave a Reply