Home Semasa IPCMC: RUU penubuhan akan dibentang pada sesi Parlimen kali ini

IPCMC: RUU penubuhan akan dibentang pada sesi Parlimen kali ini

by Bernama

KUALA LUMPUR, 4 Jul – Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) akan dibentang pada persidangan Parlimen kali ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata RUU tersebut dapat dibentangkan sekiranya memorandum berkenaan RUU itu diluluskan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Perbincangan bersama pihak berkepentingan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara juga masih berjalan dengan aktif dan akan dimuktamadkan secepat mungkin,” katanya – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply