Home Semasa Malaysia teruskan rundingan sempadan maritim dengan Singapura

Malaysia teruskan rundingan sempadan maritim dengan Singapura

by Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Malaysia dan Singapura akan meneruskan rundingan persempadanan maritim di kawasan Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata mesyuarat kelapan Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) dijangka berlangsung pada Oktober ini dengan Malaysia sebagai tuan rumah.

Malaysia dan Singapura telah menubuhkan MSJTC bagi melaksana penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes kedaulatan ke atas Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2008.

“Sehingga kini, tujuh mesyuarat MSJTC telah diadakan dalam proses perundingan pembatasan sempadan maritim di antara Batu Puteh dan Batuan Tengah.

“Proses perundingan ini telah tertunda sebelum ini berikutan terdapat beberapa percanggahan dalam rundingan antara kedua-dua negara dan kerana Malaysia telah mengemukakan semakan semula penghakiman kes ini kepada ICJ,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PH-Nibong Tebal).

Mansor mahu tahumengenai status rundingan isu persempadan maritim Malaysia-Singapura.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh manakala Malaysia memiliki Batuan Tengah dan Tubir Selatan – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply