Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eks Kerismas dan Eks Taming Sari bukti TLDM peragakan kehadiran di perairan strategik negara – Panglima Tentera Laut

Eks Kerismas dan Eks Taming Sari bukti TLDM peragakan kehadiran di perairan strategik negara – Panglima Tentera Laut

by M.Daim

KUANTAN, 2 Jul – Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany menyatakan selain menguji keupayaan armada, perlaksanaan latihan ketenteraan Eks Kerismas dan Eks Taming Sari adalah bagi memperagakan kehadiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kawasan perairan negara.

“Saya berpendapat bahawa perkataan show of presence (memperagakan kehadiran) adalah paling sesuai untuk menghuraikan tujuan Eksesais Kerismas dan Eksesais Taming Sari,” kata Reza dalam ucapan semasa perasmian Eksesais Kerismas 26/2019 di Auditorium Al-Haimi, Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa peranan utama armada TLDM adalah untuk mempertahankan kedaulatan maritim dan keselamatan perairan negara.

Beliau menambah, Malaysia merupakan sebuah negara maritim.

“Selain Selat Melaka, Laut China Selatan merupakan jalur komunikasi laut yang utama bagi negara kita,

“Laut China Selatan adalah laluan dan perairan kepentingan strategik kepada banyak negara. Jadi, kawasan ini terdedah kepada pelbagai ancaman,

“Bagi menangani ancaman-ancaman yang ada, armada TLDM hendaklah sentiasa memperagakan kehadiran dan mempamerkan keupayaannya,” tegas Reza.

Selain daripada itu, beliau menyatakan latihan ini juga turut melibatkan kehadiran aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“TLDM dan TUDM tidak boleh lari dari melaksanakan operasi maritim secara bersama,” katanya.

Menurut beliau, latihan ini juga mampu untuk mempertingkatkan daya saling operasi (interoperability) antara TUDM dan TLDM.

 

Related Articles

Leave a Reply