Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat pertingkat keselamatan di sempadan dari semasa ke semasa – Panglima Medan Timur

Tentera Darat pertingkat keselamatan di sempadan dari semasa ke semasa – Panglima Medan Timur

by Bernama
A+A-
Reset

KUCHING, 1 Jul – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus melaksanakan tugas pemantauan di sempadan dengan baik dari semasa ke semasa bagi menjaga keamanan negara.

Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zin berkata jika ada sebarang ancaman atau aktiviti yang mencurigakan maka cara operasi pemantauan TDM berubah.

“TDM akan melaksanakan sebarang perubahan operasi pemantauan dan kawalan sekiranya menerima arahan dari pihak atasan.

“Kita sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin mengikut standard operasi yang telah ditetapkan seperti biasa, begitu juga di Sabah,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediaman rasmi beliau di Rumah Sri Kenyalang, Jalan Taman Budaya pada Ahad.

Turut hadir ke majlis tersebut, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan meluangkan masa selama sejam di kediaman beliau. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply