Home SemasaGlobal Trump ‘melangkah masuk’ ke Korea Utara

Trump ‘melangkah masuk’ ke Korea Utara

by M.Daim

PANMUNJOM, 30 Jun – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah melakukan pertemuan dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un di kawasan pemampan tentera (DMZ) di Panmunjom, hari ini.

Pertemuan tersebut merupakan pertemuan ketiga antara kedua-dua pemimpin. Perbincangan di antara Trump dan Kim diadakan di sektor DMZ yang di bawah kawalan Korea Selatan.

Pertemuan tersebut menjadi detik bersejarah bagi Amerika Syarikat apabila Trump merentasi garis sempadan antara dua negara bergolak itu dan memasuki kawasan yang dikuasai oleh Korea Utara. Peristiwa ini sekaligus menjadikan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama menjejak tanah Korea Utara.

Related Articles

Leave a Reply