Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Malek Razak dilantik Panglima 2 Briged yang baharu

Malek Razak dilantik Panglima 2 Briged yang baharu

by Bernama

IPOH, 28 Mei – Bekas Ketua Pengarah Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Darat Brigedier Jeneral Malek Razak Sulaiman, secara rasmi dilantik sebagai Panglima 2 Briged yang baharu menggantikan Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar.

Majlis upacara perbarisan serah terima tugas berlangsung di Padang Kawad Markas 2 Briged di sini hari ini dengan disaksikan oleh Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

Perbarisan bermula dengan upacara serah terima tugas yang menyaksikan Mohd Nizam menyerahkan tampuk pemerintahan Panglima 2 Briged kepada Malek Razak.

Upacara serah terima tugas itu kemudian diikuti upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 2 Briged.

Malek Razak, 52, yang berasal dari Batu Pahat, Johor telah berkhidmat dalam angkatan tentera selama 35 tahun dan sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera di Kementerian Pertahanan selama kira-kira setahun – Bernama

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply