Home Pertahanan dan Keselamatan Agong, Permaisuri cemar duli hadiri majlis Aidilfitri ATM

Agong, Permaisuri cemar duli hadiri majlis Aidilfitri ATM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Perkasa, Wisma Pewira, hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Menteri-Menteri Kabinet; Duta-Duta Negara Asing; mantan-mantan PAT dan Panglima Perkhidmatan.

Pada majlis itu, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan raya kepada 50 warga ATM yang tercedera serta turut diraikan dalam majlis tersebut.

Mereka yang tercedera terdiri dari kalangan pegawai dan anggota ATM semasa penugasan operasi dan latihan seperti terkena jerangkap samar dan sebahagiannya terlibat dalam kemalangan ketika dalam perkhidmatan.

Related Articles

Leave a Reply