Home SemasaGlobal Senjata makan tuan: Pakar peluru berpandu Iran, militan Houthi maut – Arab Saudi

Senjata makan tuan: Pakar peluru berpandu Iran, militan Houthi maut – Arab Saudi

by M.Daim

SANAA, 18 Jun – Beberapa orang pakar peluru berpandu balistik Iran dan militan Houthi dilaporkan maut ketika cuba melancarkan satu serangan peluru berpandu balistik ke Arab Saudi.

Agensi berita Arab Saudi, Saudi Press Agency (SPA) melaporkan kejadian tersebut berlaku di sebuah pangkalan udara terletak di utara ibu negara Yaman. Namun begitu, belum ada laporan terperinci kejadian dikeluarkan oleh mana-mana pihak di Arab Saudi mahupun Yaman.

“Pihak militan telah menggunakan pangkalan udara Al-Daylami sebagai pusat aktiviti untuk melancarkan serangan peluru berpandu balistik dan dron terhadap Arab Saudi,” lapor SPA.

 

Related Articles

Leave a Reply