Home SemasaGlobal AS edar gambar bukti Iran dalang serangan kapal tangki di Oman

AS edar gambar bukti Iran dalang serangan kapal tangki di Oman

by M.Daim

WASHINGTON, 18 Jun – Pihak Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) telah mengeluarkan bukti visual yang terbaru berkaitan dengan kejadian letupan dua kapal tangki minyak di Teluk Oman.

Gambar yang dikeluarkan oleh pihak US Navy menunjukkan kesan kerosakan pada kapal Kokuka Courageous yang dimiliki oleh syarikat Jepun.

Menurut Pentagon, salah seorang anak kapal Kokuka Courageous telah menemui satu periuk api magnetik (limpet mine) yang tidak meletup pada badan kapal selepas berlakunya letupan yang pertama. Kesemua anak kapal tersebut telah diselamatkan oleh kapal USS Bainbridge.

Gerak-geri anggota Tentera Laut Republik Iran yang telah dirakam oleh helikopter MH-60 milik US Navy. Pentagon mendakwa periuk api milik Iran menjadi punca insiden pada dua buah kapal yang berlayar di Teluk Oman. Foto: US Navy

“Pada hari yang sama, sebuah kapal peronda kelas Gashti milik Tentera Laut Republik Iran telah dikesan menghampiri Kokuka Courageous oleh helikopter MH-60 milik US Navy,” jelas Pentagon dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi tadi.

Gerak-geri anggota tentera laut Iran telah direkodkan oleh helikopter terbabit dan menunjukkan periuk api tersebut telah ditanggalkan dari kapal Kokuka Courageous.

“Iran bertanggungjawab disebalik kedua-dua insiden letupan tersebut,” tegas Pentagon.

Kesan letupan yang terdapat pada badan kapal Kokuka Courageous. Foto: US Navy

 

Related Articles

Leave a Reply