Home Semasa “Tak perlu persoal keadilan perbicaraan Zakir Naik” – Kementerian Luar India

“Tak perlu persoal keadilan perbicaraan Zakir Naik” – Kementerian Luar India

by M.Daim

NEW DELHI, 13 Jun – Kementerian Luar India bertegas untuk meneruskan permohonan ekstradisi penceramah kontroversi dari negara itu, Zakir Naik.

Pihak kementerian telah mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menghantar pulang Zakir ke India.

“India telah menjalinkan kerjasama ekstradisi dengan pelbagai negara dan kerjasama tersebut mempunyai rekod kejayaan yang banyak,

“Keadilan sistem kehakiman India sepatutnya tidak menjadi persoalan dan kerajaan India telah membuat permohonan ekstradisi Zakir secara rasmi kepada kerajaan Malaysia,” tegas Kementerian Luar India dalam kenyataannya yang dikeluarkan semalam.

Pada masa yang sama, Kementerian Luar India turut bertegas untuk meneruskan usaha membawa penceramah berkenaan untuk perbicaraan kes pengubahan wang haram.

India telah menuduh Dr Zakir Naik telah melakukan pengubahan wang haram yang berjumlah sebanyak RM 115 juta. Mahkamah di Mumbai dijangka akan membuat keputusan untuk mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap Zakir pada 16 Jun nanti.

Sekiranya waran tersebut dikeluarkan, India dijangka akan meminta bantuan pihak Interpol bagi menahan Zakir dan dibawa pulang ke India untuk dibicarakan.

Pada 10 Jun lalu, Mahathir berkata, Malaysia berhak tidak membenarkan Zakir diekstradisi jika beliau tidak diberikan keadilan. Malaysia dan India telah menandatangani perjanjian ekstradisi pada 2010.

Related Articles

Leave a Reply