Home SemasaGlobal Keadaan ekonomi buruk desak Venezuela perkenal wang kertas baharu

Keadaan ekonomi buruk desak Venezuela perkenal wang kertas baharu

by M.Daim

CARACAS, 13 Jun –Venezuela dijangka akan memperkenalkan wang kertas baharu bagi menghadapi keadaan ekonomi yang meruncing di negara itu.

Bank Pusat Venezuela memperkenalkan wang kertas bolivar bolivar soberano (Bs.S) yang mempunyai denominasi Bs.S 10 ribu, Bs.S 20 ribu dan Bs.S 50 ribu secara berperingkat mulai hari Khamis.

“Pengenalan wang kertas baharu ini akan menjadikan transaksi niaga menjadi lebih efisien,” kata bank pusat yang dilaporkan oleh agensi AP.

Wang kertas 50 ribu adalah bersamaan dengan nilai USD$ 10. Nilai tersebut merupakan lebih sedikit berbanding gaji minimum di negara Amerika Latin itu. Sebelum ini, denominasi wang kertas terbesar yang digunakan adalah 500 bolivar.

Bs.S 500 merupakan wang kertas denominasi terbesar untuk siri mata wang Bolivar Soberano yang diperkenalkan oleh Presiden Nicolas Maduro.

Kali terakhir Venezuela mengubah mata wang negara itu adalah pada awal tahun 2018 dengan pengenalan mata wang bolivar soberano (Bs.S). Pengenalan Bs.S dibuat melalui program reformasi kewangan negara itu di bawah pimpinan Presiden Nicolas Maduro. Bs.S diperkenalkan bagi mengantikan mata wang Bolivar fuerte yang digunakan semenjak tahun 2008.

Perubahan polisi kewangan dan wang kertas Venezuela merupakan kesan daripada situasi hiperinflasi ekonomi di negara itu. Sebelum ini, Chavez telah memperkenalkan mata wang Bolivar Fuerte pada sekitar 2007-2008.

Semenjak Januari lalu, kedai-kedai di Venezuela enggan menerima wang kertas Bs.S 2 kerana mempunyai nilai yang terlalu rendah. Keadaan ini telah memaksa Bank Pusat Venezuela untuk memperkenalkan ketiga-tiga wang kertas baharu tersebut.

Venezuela menghadapi situasi ekonomi yang teruk semenjak November 2016 akibat masalah sosioekonomi dan kirisis politik di negara itu.

Related Articles

Leave a Reply