Home Semasa Latheefa Koya dilantik KP SPRM baharu

Latheefa Koya dilantik KP SPRM baharu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun 2019.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, selaras dengan subseksyen 5 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi menggantikan Datuk Mohd Shukri Abdull.

“Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi Kerajaan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, selaras dengan subsekyen 5 (3) Akta SPRM 2009 (Akta 694), Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal sebelum tamat pada 17 Mei 2020 sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd Shukri yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply