“Pihak yang memilih peguam itu tidak sedar, dia sudah menjadi peguam untuk keluarga Adib. Apabila sudah diketahui, dia mesti tarik diri daripada mewakili kerajaan dan terus jadi peguam untuk keluarga Adib, tetapi dia tarik diri daripada semua dengan beranggapan ingin mencari kebenaran.

“Kebenaran boleh dapat dalam mahkamah kita. Sekarang ini perdana menteri tidak lagi berkuasa di mahkamah. Kalau kita tidak percaya di mahkamah, kepada siapa kita ingin percaya untuk buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini. – Bernama