Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Sultan Kedah berangkat ke majlis berbuka puasa RAMD dan Kor Perkhidmatan DiRaja

Sultan Kedah berangkat ke majlis berbuka puasa RAMD dan Kor Perkhidmatan DiRaja

by Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Warga Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD) di Masjid Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Sungai Besi, di sini semalam.

Baginda selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD dan Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD) berangkat tiba pada 7.15 malam dan disambut oleh Pengerusi RAMD, Left Jen Datuk Azizan Md Delin.

Majlis dimulakan dengan santapan berbuka puasa sebelum disusuli solat Magrib berjemaah.

Baginda turut menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat tarawih.

Pada majlis berkenaan, Sultan Sallehuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim (STAY) ATM.

Kira-kira 2,000 anggota dan pegawai ATM hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Turut berangkat Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin.

Majlis juga dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat, Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi – Bernama

Related Articles

Leave a Reply