Home Pertahanan dan Keselamatan Yayasan Angkatan Tentera: ATM cadang potong gaji bantu sekolah tahfiz dan anak yatim

Yayasan Angkatan Tentera: ATM cadang potong gaji bantu sekolah tahfiz dan anak yatim

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bercadang membuat pemotongan gaji kepada pegawai dan anggotanya secara sukarela bagi tujuan penubuhan Yayasan Angkatan Tentera untuk membantu sekolah tahfiz dan anak-anak yatim.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata penubuhan yayasan itu telah diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada minggu ini.

Beliau berkata yayasan itu ditubuhkan bertujuan untuk memberi bantuan kepada anggota dan juga kepada organisasi lain yang terdapat dalam ATM.

“Kita dalam proses untuk menambahbaik dan memohon kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat kutipan bulanan kepada anggota tentera.

“Kutipan ini adalah secara sukarela dan boleh dibuat secara bulanan.

Kita mengalu-alukan seberapa banyak yang boleh dipotong oleh anggota tentera untuk membiayai sekolah tahfiz dan anak-anak yatim serta aktivi-aktiviti lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) di Dewan Perkasa Wisma Perwira, semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan individu dan korporat serta syarikat untuk tampil menyumbang ke yayasan ini.

Beliau menambah, satu kertas kerja akan dimajukan kepada MAT bagi tujuan penubuhan yayasan tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply