Home Pertahanan dan Keselamatan Eks Talo, Beruang Ganas uji kesiagaan TUDM dan GGK tanpa mengira waktu

Eks Talo, Beruang Ganas uji kesiagaan TUDM dan GGK tanpa mengira waktu

by M.Daim

LABUAN, 16 Mei – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan anggota pasukan khas dari Grup Gerak Khas telah berjaya melaksanakan latihan taktikal dan freefall pada hari ke-8 Eksesais TALO dan Beruang Ganas, semalam.

“Sebanyak 4 penerbangan Latihan TALO pesawat C130H dan 4 Latihan Free Fall serta Heliborne pesawat EC725 telah berjaya dilaksanakan pada hari ke-8 eksesais TALO dan Beruang Ganas pada 15 Mei,

“Semangat kental membara  telah dipamerkan anak kapal dan peserta esksesais dari pasukan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) dalam mencapai objektif yang disasarkan,” jelas pihak TUDM malam semalam.

Perlaksanaan kedua-dua eksesais ini pada bulan Ramadan dilihat menguji ketahanan peserta dan kesiagaan aset tanpa mengira waktu.

Eks TALO diteruskan pada hari ini di Pangkalan Udara Labuan sebelum bertukar ke Stesen Lima di Laut China Selatan pada esok hari.

Galeri Foto:

Related Articles

Leave a Reply