Home Pertahanan dan Keselamatan Maritim Malaysia tahan nelayan Vietnam curi 3 tan hasil perikanan di Sarawak

Maritim Malaysia tahan nelayan Vietnam curi 3 tan hasil perikanan di Sarawak

by Nurulhuda

KUCHING, 14 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menahan 2 buah bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara Sabtu lalu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Komander Maritim Hamiludin Che Awang dalam satu sidang media di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

Menurut beliau, kedua-dua bot dari negara jiran telah dikesan menangkap ikan secara haram dalam perairan negara, kira-kira 80 batu nautika utara Kuching. Seramai 29 orang nelayan Vietnam turut ditahan.

Maritim Malaysia menahan seramai 29 awak-awak serta tekong warga Vietnam ketika menangkap ikan secara haram dalam perairan negara. Foto : APMM

 

“Hasil laut yang telah dicuri adalah sebanyak 3 tan, dimana 1 tan merupakan ikan campur dan 2 tan
merupakan ikan baja,” kata Hamiludin yang turut menyatakan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 2 juta.

Beliau turut menggesa orang ramai khususnya komuniti maritim tanah air untuk tampil ke hadapan dan menyalurkan maklumat pencerobohan perairan negara kepada pihak berwajib.

“Pihak kami bersama beberapa agensi keselamatan laut lain sentiasa berusaha meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan operasi penguatkuasaan undangundang di zon perairan negara,

“Ini bagi memastikan keselamatan kapal dan bot yang berada di perairan negara terjamin dan mematuhi undang-undang,” katanya.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia, sebanyak 4 buah bot nelayan asing telah ditahan kerana menceroboh perairan negara di Sarawak pada tahun ini. Keempat-empat bot terbabit, termasuk yang ditahan pada Sabtu lalu adalah dari negara Vietnam.

APMM turut merampas hasil laut yang telah dicuri iaitu satu tan ikan campur dan dua tan ikan baja. Foto: APMM

 

 

Related Articles

Leave a Reply