Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM 85 tahun menjaga kedaulatan perairan negara

TLDM 85 tahun menjaga kedaulatan perairan negara

by Air Times News Network

LUMUT, 27 April – Istiadat Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-85 disambut di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Istiadat perbarisan yang berlangsung di Padang Kawad KD Pelandok turut dihadiri oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

Sambutan kali ini merupakan sambutan yang pertama Datuk Mohd Reza sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan TLDM.

Sebanyak 8 kontinjen yang diketuai oleh Kdr Mohd Hilmi Yusuf terlibat dalam perbarisan tersebut dan diiringi 6 Panji-panji TLDM iaitu KD Malaya, KD Pelandok, KD Panglima Hitam, KD Duyong dan Skuadron Ke-23.

Istiadat perbarisan turut diserikan dengan majlis penyampaian anugerah kepada warga TLDM.

Antara anugerah yang disampaikan adalah Piala Agong, Piala Gonzales, Piala Panglima Tentera Laut, Bintara Terbaik, Laskar Terbaik, Anugerah Pujian Panglima Tentera Laut dan Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Mengarang Esei Maritim.

 

Related Articles

Leave a Reply