Home Pertahanan dan Keselamatan UPNM anjur pameran inovasi galak cetusan idea penyelidik muda

UPNM anjur pameran inovasi galak cetusan idea penyelidik muda

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 April – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan pameran Defence, Security and Sustainability (DSS 2019) platform kepada penyelidik dalam membentang serta mempamerkan hasil penyelidikan mereka terutamanya di dalam bidang pertahanan dan keselamatan, semalam.

Pameran yang diadakan di Bangunan Lestari UPNM telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Dato’ Abdul Halim Jalal. Pameran yang disertai oleh 170 penyertaan ini turut melibatkan penyertaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan juga Institusi Pengajian Tinggi lain.

“DSS dianjurkan bagi memberi peluang kepada para penyelidik dan pelajar untuk mempaerkan hasil kerja penyelidikan mereka,” kata Naib Canselor UPNM dalam ucapan perasmian pameran.

“Pameran ini memberi pendedahan dan galakan kepada penyelidik-penyelidik muda dalam mencetuskan idea-idea baharu yang lebih inovatif,

“Pada masa yang sama, pameran ini akan memberi kesedaran kepada mereka bahawa pentingnya untuk melindungi pelbagai jenis harta intelek penyelidikna mereka seperti paten dan hak cipta,” katanya.

Beliau berharap pameran ini dapat menggalakkan perkongsian ilmu dalam penyelidikan dan inovasi di kalangan penyelidik dari dalam dan luar UPNM.

“Secara tidak langsung, ini akan dapat mewujudkan satu jaringan kerjasama antara penyelidik dari institusi pelbagai demei membentuk kolaborasi penyelidikan dan inovasi,” kata Halim.

Pameran bertemakan “Inovasi dan penciptaan untuk pertahanan menyeluruh” (“Innovation and invention for total defence”) ini merupakan pameran yang diadakan secara dwi-tahunan oleh UPNM.

Pameran ini turut diserikan dengan kehadiran angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor sebagai penceramah jemputan.

Related Articles

Leave a Reply