Home SemasaGlobal Masjid Al Aqsa terbakar

Masjid Al Aqsa terbakar

by Noor Sheila Amin

Sehubungan dengan itu, berita mengenai kebakaran di Masjid Al Aqsa, tanah suci ketiga umat Islam itu bagaimanapun ditenggelami oleh laporan mengenai kebakaran besar di Gereja Notre Dame yang juga berlaku pada waktu sama.

Agensi Berita Palestin melaporkan, pejabat Presiden Mahmoud Abbas melahirkan rasa dukacita atas kebakaran yang sama berlaku di Notre Dame, Paris yang menyebabkan kemusnahan menara gereja itu.

“Pejabat presiden melahirkan rasa simpati dan berdiri bersama-sama rakan kami di Perancis susulan kejadian menyedihkan ini,” kata agensi berkenaan.

Menurut Ketua Pengarah Wakaf Baitulmaqdis dan Jabatan Hal Ehwal Masjid Al Aqsa, Sheikh Azzam Al Khatib berkata, kebakaran itu bermula di perkarangan masjid dan laporan awal menyebut, ia mungkin berpunca daripada perbuatan kanak-kanak yang bermain di situ.

Related Articles

Leave a Reply