Home Pertahanan dan Keselamatan KERIS bukti kejayaan projek LMS TLDM – Panglima Tentera Laut

KERIS bukti kejayaan projek LMS TLDM – Panglima Tentera Laut

by M.Daim

WUHAN, 15 April – Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany menyifatkan upacara penamaan dan pelancaran Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship, LMS) yang berlangsung pada hari ini sebagai satu kejayaan projek LMS.

“Kejayaan pada hari ini membuktikan keupayaan teknologi pembinaan China Shipbuilding Offshore and International Corporation Ltd (CSOC) dengan kerjasama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS),” kata Reza dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau turut yakin bahawa empat buah LMS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan siap mengikut jadual serta menepati spesifikasi kontrak.

Panglima Tentera Laut turut hadir ke Upacara Pelancaran dan Penamaan Littoral Mission Ship (LMS) yang pertama bagi TLDM di Shuangliu Manufacturer Base, Wuchang Shipbuilding Industrial Group, Wuhan, China pada hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Normah Alwi, isteri Menteri Pertahanan ini turut menyaksikan pemilihan nama KERIS sebagai nama kapal LMS yang pertama.

LMS merupakan sebahagian daripada kelas kapal baharu yang digariskan dalam program Transformasi 15-to-5 TLDM.

Reza turut berharap bahawa perolehan LMS akan membantu kesiagaan armada TLDM dalam menjaga kedaulatan perairan negara.

Beliau menambah, kerjasama erat antara Malaysia-China dapat menyumbang kepada peningkatan keupayaan negara dalam aspek pembinaan kapal perang tempatan.

“Saya juga berharap kerjasama erat di antara kedua buah negara ini dapat diteruskan pada masa hadapan,”ujar Panglima Tentera Laut.

Dalam Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM telah menggariskan sebanyak 18 buah kapal LMS dalam armada. Sebagai permulaan, 4 buah kapal LMS dibina dengan termeterainya perjanjian kontrak perolehan LMS pada 23 Mac 2017 semasa Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi.

Kontrak tersebut menggariskan perolehan 4 buah kapal LMS dan TLDM dijangka menerima kesemua kapal tersebut pada tahun 2021.

KERIS akan menjalani pelbagai ujian penerimaan sebelum ditauliahkan kedalam perkhidmatan TLDM pada Disember nanti. Pihak TLDM menyatakan KERIS dan 3 buah kapal LMS yang lain akan memperkuatkan Armada Timur TLDM bagi menjaga kedaulatan perairan Sabah dan Sarawak.

Related Articles

1 comment

Pracxis 31 July 2019 - 8:56 pm

Sejata pun ciput..mahal kedegak..macam lah tak ada option kapal.lain..kejayaan apa nya

Reply

Leave a Reply