Home SemasaGlobal Operasi di Himreen,12 militan Daesh maut

Operasi di Himreen,12 militan Daesh maut

by Bernama
BAGHDAD, 12 April – Pasukan keselamatan Iraq semalam melancarkan operasi di kawasan pergunungan Himreen dan berjaya membunuh 12 militan Daesh lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber keselamatan Iraq.
Operasi itu dijalankan pada waktu siang oleh Perkhidmatan Pencegahan Keganasan (CTS) semasa pasukan tentera mula membersihkan beberapa kampung sambil menjalankan satu operasi udara di kawasan pergunungan berhampiran, menurut CTS dalam satu kenyataan.
Tentera telah membunuh 12 militan Daesh dan memusnahkan sebuah ibu pejabat serta tempat persembunyian yang digunakan kumpulan itu bagi menerbitkan akhbar al-Naba mereka, selain memusnahkan 11 lagi tempat persembunyian Daesh serta merampas pelbagai jenis senjata dan peluru.

Pada Disember 2017, Iraq mengisytiharkan pembebasan penuh daripada Daesh selepas pasukan keselamatan dan separa tentera unit Hashd Shaabi, yang disokong gabungan antarabangsa anti-Daesh, menawan semula semua kawasan yang sebelum ini dikuasai kumpulan ekstremis itu.

Bagaimanapun, saki baki anggota Daesh telah menyembunyikan diri di kawasan bandar atau berundur untuk beroperasi di kawasan gurun dan pergunungan dengan melancarkan serangan gerila ke atas pasukan keselamatan dan orang awam. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply