Home Semasa Global Turbine, Europrop meterai perjanjian penyenggaraan enjin pesawat A400M

Global Turbine, Europrop meterai perjanjian penyenggaraan enjin pesawat A400M

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Apr – Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19) baru-baru ini menyaksikan syarikat penyedia perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aeroangkasa Global Turbine Asia Sdn Bhd (GTA) telah menandatangani perjanjian lesen kelulusan organisasi penyenggaraan (AMO) dengan syarikat pengeluar enjin Eropah, Europrop International GmbH (EPI).

Perjanjian tersebut telah membuka jalan kepada syarikat GTA untuk membida aktiviti penyenggaraan enjin TP400-D6 yang digunakan pesawat Airbus A400M.

Majlis pemeteraian perjanjian telah disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 26 Mac lalu.

“Perjanjian ini menandakan pencapaian utama dalam industri kerana EPI kali pertama menggunakan perkhidmatan dari pihak ketiga luar Eropah untuk menjalankan penyelenggaraan enjin”, kata GTA.

Pada Oktober 2018, GTA memperolehi pensijilan Bahagian Keselamatan Agensi Penerbangan Eropah (EASA) Bahagian 145 untuk enjin TP400-D6, menjadikannya syarikat pertama dari luar Eropah menerima standard pensijilan mandatori bagi kelengkapan ketenteraan.

Related Articles

Leave a Reply