Home SemasaGlobal EU tidak iktiraf Bukit Golan milik Israel – Federica Mogherini

EU tidak iktiraf Bukit Golan milik Israel – Federica Mogherini

by Noor Sheila Amin

BRUSSLES, 28 Mac – Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini berkata negara anggotanya tidak akan mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS) dalam mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel.

Beliau mengeluarkan kenyataan semalam bagi pihak anggota kesatuan itu, menyatakan pendirian mereka.

“Pendirian EU berhubung status Bukit Golan tidak berubah,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan sebelum satu mesyuarat Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keputusan Washington.

“Selaras dengan undang-undang antarabangsa dan ketetapan Majlis Keselamatan PBB 242 dan 497, EU tidak mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan.”

Isnin lepas Donald Trump menandatangani perisytiharan yang mengiktiraf penaklukan Israel ke atas bukit strategik itu, yang dirampas dari Syria semasa Perang Enam Hari 1967.

Tindakan Israel tidak diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Tiga ketetapan Majlis Keselamatan PBB menyeru agar Israel berundur dari kawasan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply