Home Semasa Kerajaan sertai Statut Rome tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu – Pengerusi GERAM

Kerajaan sertai Statut Rome tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu – Pengerusi GERAM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Keputusan kerajaan menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tanpa persetujuan dan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu kata Pengerusi Sekretariat Gerakan NGO-NGO Bergabung Malaysia (GERAM), Baha Taha.

Baha berkata pada 4 Mac lepas, Menteri Luar Dato’ Saifuddin Abdullah telah menandatangani Statut Rome itu tanpa memberitahu dan didalam pengetahuan rakyat mahupun di bawa ke Majlis Raja-Raja Melayu.

“Semua NGO-NGO mahu pihak berkuasa dan Majlis Raja-Raja Melayu agar mengambil berat perkara ini agar kedaulatan negara agar tidak dicerobohi dan dilanggar,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Menurutnya, pada 18 Dis lalu semasa Yang di-Pertuan Agong sedang bercuti, Jemaah Kabinet telah mengambil kesempatan dengan hanya memaklumkan sahaja tanpa dibawa ke Majlis Raja-Raja Melayu untuk mendapat persetujuan dan keputusan.

Baha juga memaklumkan perkara ini juga tidak dibawa ke Parlimen untuk dimasukkan ke dalam hansard ataupun pengetahuan ahli-ahli parlimen.

“Kami akan terus ke Parlimen hari ini untuk memohon perkara tersebut dimasukkan ke dalam hansard bagi dijadikan soalan tambahan dan usul dalam parlimen”, katanya.

“Seluruh NGO di Malaysia berasa bimbang kerana terutamanya rakyat dibelakangkan dan ditipu oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini.

“Keputusan untuk menyertai Statut Rome ini selepas kerajaan gagal dalam meratifikasi ICERD. Impilaksi dalam Statut Rome ini termasuklah boleh menahan pemimpin negara, Ketua Negara, Panglima Angkatan Tentera dan dibicara di bawah Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)”.

Sehubungan itu, Baha Taha menegaskan kerajaan hari ini cuba membelakangkan kedaulatan undang-undang, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963.

“Adakah Malaysia kini tidak ada lagi Ketua Negara, adakah undang-undang negara diperlekehkan. Dengan itu kami NGO-NGO pada hari ini mempertikaikan dan menyuarakan suara rakyat kerana bimbang keputusan kerajaan untuk menyertai Statut Rome”, ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply