Home Politik SPR: PRK DUN Rantau 13 April, penamaan calon 30 Mac

SPR: PRK DUN Rantau 13 April, penamaan calon 30 Mac

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 6 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menentapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau diadakan pada 13 April ini.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 30 Mac depan manakala tarikh mengundi awal pada 9 April.

Untuk tempoh berkempen pada PRK Rantau kali ini selama 14 hari selepas hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam 12 April 2019, katanya dalam sidang media di Menara SPR, Putrajaya, hari ini.

“Anggaran kos bagi menjalankan PRK ini adalah sebanyak RM1.8 juta,” katanya.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lepas yang dan mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau, terbatal dan tidak sah.

 

Related Articles

Leave a Reply