Home SemasaGlobal Pakistan berpotensi langgar perjanjian pembelian senjata – AS

Pakistan berpotensi langgar perjanjian pembelian senjata – AS

by Noor Sheila Amin

AS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat tentang laporan bahawa Pakistan menggunakan pesawat tempur buatannya dalam satu insiden minggu lalu.

Tindakan Pakistan itu berpotensi melanggar perjanjian pembelian senjata AS, ketika pertikaian di antara dua negara kuasa nuklear Asia itu semakin reda.

Namun sebelum ini, jurucakap tentera Pakistan menafikan dakwaan India bahawa Pakistan menggunakan jet F-16 buatan AS.

Kedutaan AS di Islamabad berkata semalam, pihaknya sedang menyiasat laporan bahawa Pakistan menggunakan jet F-16 untuk menembak jatuh sebuah pesawat India, satu perlanggaran perjanjian penjualan kelengkapan ketenteraan Washington yang mengehadkan bagaimana Pakistan menggunakan pesawatnya.

Kerajaan Pakistan turut membebaskan juruterbang India yang ditahan Jumaat lalu, tindakan yang disifatkan Islamabad sebagai ‘isyarat perdamaian’ yang berhasil mengendurkan ketegangan, walau kedua belah pihak masih dalam keadaan berjaga-jaga.

Related Articles

Leave a Reply