Home SemasaGlobal Muslim di Kashmir jadi sasaran kerajaan India

Muslim di Kashmir jadi sasaran kerajaan India

by Noor Sheila Amin

Menurut berita Aljazeera, antara kumpulan itu adalah Jamaat-e-Islami,  yang didakwa kerajaan India ia mempunyai ahli yang menyokong penentangan terhadap negara terbabit.

Difahamkan, ratusan penduduk sudah ditahan dan ada pemimpin berkata, kanak-kanak yang paling terdedah akan terjejas.

Justeru itu pengharaman kumpulan itu menutup peluang kanak-kanak daripada keluarga miskin dari perkampungan dan luar bandar untuk belajar.

“Saya amat kecewa, tindakan ini menjejaskan pembelajaran saya,” kata salah seorang pelajar Jamaat-e-Islami, Amir Ahmad.

Sehubungan dengan itu, ramai pemimpin kumpulan itu ditahan dan rumah mereka disita oleh kerajaan India.

Selain itu juga, ratusan penduduk ditahan dan dituduh bersimpati dan melindungi dengan pergerakan pemisah.

Related Articles

Leave a Reply