Home Semasa Tian Chua dilantik Penasihat Khas Menteri Kerja Raya

Tian Chua dilantik Penasihat Khas Menteri Kerja Raya

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Naib Presiden PKR, Tian Chua dilantik sebagai Penasihat Khas Menteri Kerja Raya, berkuat kuasa 1 Mac ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pelantikan Tian Chua ini kerana memiliki pengalaman yang luas, berperwatakan dan berprinsip.

“Selain itu, beliau aktif dan mempunyai hubungan baik dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) luar dan dalam negara.

“Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan para pemimpin negara, sama ada dalam kerajaan atau luar kerajaan”, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tian Chua medapat pendidikan awal di SRJK (C) Siang Lin Melaka, Catholic High School, Melaka dan Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka.

“Beliau berkelulusan Ijazah Bachelor of Agricultural Science, University of Sydney, Australia (1984-1986) dan Bachelor of Arts (History & Philosophy of Science), University of New South Wales, Sydney, Australia (1989) selain itu juga memperolehi Master of Arts (Employment & Labour Sudies) daripada Institute of Social Studies, The Hague, Netherlands pada tahun 1994.

“Antara anugerah yang pernah diterima beliau adalah Malaysian Human Rights Fellowship daripada Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) pada 1998 dan Anugerah AIF Rose daripada Persekutuan Buruh Kebangsaan Denmark pada 2003 atas usaha memperjuangkan hak pekerja di Malaysia”, katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply