Home SemasaGlobal Penempatan semula pangkalan tentera AS diteruskan

Penempatan semula pangkalan tentera AS diteruskan

by Noor Sheila Amin

“Sudah lebih 20 tahun sejak Jepun dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk memindahkan pangkalan Futenma, kita tidak boleh menangguhkan lagi,” kata Abe.

Memetik laporan AFP, kenyataan Abe dibuat selepas pengundi di Okinawa menolak rancangan penempatan semula susulan pungutan suara pada hujung minggu lalu.

Abe berkata beliau menerima keputusan itu dengan ‘ikhlas’ dan akan cuba meminta penduduk Okinawa memahami keputusan beliau meneruskan pemindahan itu.

“Kita sudah menghabiskan bertahun-tahun lamanya mengadakan dialog dengan penduduk di wilayah itu. Kita akan meneruskan dialog agar mereka faham,” kata Abe.

“Mengurangkan beban Okinawa adalah tanggungjawab utama bagi kerajaan pusat, kami akan meneruskan usaha kami sepenuhnya ke arah pengurangan beban yang berkaitan dengan penempatan pangkalan.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 72 peratus pengundi menentang langkah itu, dengan 19 peratus lagi menyokong daripada 52 peratus yang layak mengundi.

 

Related Articles

Leave a Reply