Home SemasaGlobal Brigadier Jeneral Kelvin panglima baharu Tentera Udara Singapura

Brigadier Jeneral Kelvin panglima baharu Tentera Udara Singapura

by Air Times News Network

SINGAPURA, 23 Feb – Kementerian Pertahanan Singapura telah mengumumkan pelantikan Panglima Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) baharu bagi menggantikan Mejar Jeneral Mervyn Tan Wei Ming yang akan menamatkan perkhidmatan beliau tidak lama lagi.

Dalam pengumuman tersebut, Brigadier Jeneral Kelvin Khong Boon Leong akan mengambil alih tugas tampuk pemerintahan RSAF dari Mervyn Tan Wei Ming berkuatkuasa mulai 22 Mac ini, semalam.

Kelvin Khong, 43, pernah menjalani latihan untuk menjadi juruterbang jet pejuang F-15SG. Beliau juga merupakan bekas Pegawai Pemerintah Skuadron F-15SG pertama di Singapura – Skuadron 149. Selain daripada itu, beliau turut pernah menyandang jawatan penting dalam RSAF sebelum menjawat jawatan Ketua Turus Turus Bersama (Chief of Staff – Joint Staff).

Kementerian Pertahanan Singapura menyifatkan pelantikan Kelvin Khong adalah sebahagian daripada proses pembaharuan kepimpinan Angkatan Tentera Singapura (SAF). Selain pada itu, Kelvin Khong memainkan peranan penting dalam pemodenan RSAF. Ini terutamanya dengan melihat penglibatan beliau dalam pelbagai operasi RSAF, eksesais dan detasmen latihan.

Pada masa yang sama, kerajaan Singapura menzahirkan penghargaan yang mendalam atas kepimpinan dan sumbangan Mervyn Tan Wei Ming yang cemerlang kepada Kementerian Pertahanan dan SAF.

“Dibawah kepimpinan beliau, RSAF mempunyai tahap kesiagaan yang tinggi dalam menjaga dan mempertahankan kedaulatan Singapura.

“Ini termasuklah pelaksanaan operasi pertahanan udara semasa pertemuan Presiden Amerika Syarikat dengan Presiden Korea Utara, “ kata Kementerian Pertahanan Singapura dalam satu kenyataan rasmi.

Mervyn Tan Wei Ming, 46, telah menyertai SAF pada 1990, menerajui RSAF sebagai Panglima Tentera Udara sejak 28 Mac 2016.

Related Articles

Leave a Reply