Home Semasa Manifesto PH: Kadar tol akan diumumkan dalam masa terdekat – Muhyiddin

Manifesto PH: Kadar tol akan diumumkan dalam masa terdekat – Muhyiddin

by Nurulhuda

SEMENYIH, 22 Feb – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membuat satu pengumuman penting berkaitan kutipan tol lebuh raya dalam masa terdekat.

“Kita baru berbincang dalam Kabinet. Mungkin dalam sehari dua ini akan ada kenyataan berkaitan tol yang akan diumumkan menteri berkaitan,” kata Muhyiddin yang dilaporkan Bernama semasa ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih di Batu 26 Beranang pada Khamis.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri, bagaimanapun tidak menyatakan perincian mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyentuh mengenai manifesto Pakatan Harapan, yang mana parti itu berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya, berusaha mencari jalan mengurangkan kadar tol dan memansuhkan kutipan tol jika boleh, sekiranya mereka menang pilihan raya umum lepas.

Kira-kira 150 orang hadir pada ceramah umum itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply