Home SemasaGlobal UNSC bincang Isu Rohingya minggu depan

UNSC bincang Isu Rohingya minggu depan

by Noor Sheila Amin

Memetik laporan AFP, mesyuarat yang bakal diadakan minggu depan itu, bertujuan mendengar hasil laporan wakil PBB, Christine Schraner Burgener yang mengunjungi Myanmar selama 12 hari pada bulan lalu, sekali gus membincangkan nasib pelarian Rohingya.

Menurut diplomat, China dijangka mengemukakan bantahan tetapi masih belum jelas sama ada negara itu akan menghalang mesyuarat itu, menerusi proses undian.

Sebanyak sembilan undian diperlukan untuk mengadakan mesyuarat berkenaan, dan undi veto tidak boleh dikuat kuasa dalam keadaan ini.

Sekitar 740,000 etnik Rohingya kini hidup di beberapa kem pelarian di Bangladesh, selepas melarikan diri dari kekejaman tentera di Rakhine, utara Myanmar pada 2017.

PBB menyifatkan tindakan itu sebagai satu kejadian pembersihan etnik.

Sebelum ini, Myanmar bersetuju untuk mengambil semula kesemua pelarian itu, susulan perjanjian yang ditandatangani dengan Bangladesh.

Namun, PBB bertegas bahawa keselamatan etnik Rohingya itu perlu diberi keutamaan, sebelum mereka dibenarkan pulang ke Rakhine.

Sementara itu, Schraner Burgener yang juga diplomat warga Switzerland sudah mengadakan lawatan sebanyak empat kali ke Myanmar sejak dilantik pada April lalu, tetapi gagal mencapai sebarang perkembangan.

Selain tiga negara yang mempunyai kuasa veto itu, Belgium, Jerman, Poland, Kuwait, Peru dan Republik Dominica turut berusaha mendesak UNSC memberi lebih tumpuan kepada isu Myanmar.

 

Related Articles

Leave a Reply