TAIPEI, 20 Feb – Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen tidak akan menerima sebarang perjanjian yang memusnahkan kedaulatan dan demokrasinya, selepas pihak pembangkang parti Kuomintang (KMT) bersedia menandatangani perjanjian damai dengan China jika ia memenangi pilihan raya presiden tahun depan.
Memetik laporan Reuters, Parti Progresif Demokratik (DPP) pimpinan Ing-wen kalah teruk kepada KMT yang pro-China dalam pilihan raya datuk bandar dan tempatan pada November lalu.
Taiwan yang ditadbir sendiri dianggap isu paling sensitif negara China.
Beijing turut menuntutnya sebagai sebahagian daripada wilayah kedaulatannya.