Home Semasa Tiga lelaki penggodam ATM ditahan polis

Tiga lelaki penggodam ATM ditahan polis

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Tiga lelaki warga tempatan ditahan selepas dipercayai memasang alat peranti penggodam di sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata mereka yang berumur 30, 33 dan 48 tahun itu ditahan di sebuah kedai serbaneka 24 jam berdekatan mesin ATM terbabit.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, lima anggota unit rondaan bermotosikal (URB) Balai Polis Tun HS Lee membuat pemeriksaan di sebuah mesin ATM dan mendapati terdapat alat mencurigakan di atas ruangan ‘keypad’ (papan kekunci) dan ruangan untuk memasukkan kad.

“Hasil pemeriksaan di mesin ATM terbabit terdapat satu unit benda asing yang mencurigakan dilekatkan pada ruangan atas papan kekunci mesin ATM dan satu lagi pada ruangan masuk kad ATM.

“Pemeriksaan lanjut ke atas alat tersebut dikenal pasti sebagai komponen pengimbas kad kredit atau debit slot yang dilekatkan pada ruangan masuk kad dan satu lagi adalah alat perakam video yang dilekatkan pada ruangan atas papan kekunci,” kata  ACP Shaharuddin dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply