Home SemasaGlobal Rumah rakyat Palestin di roboh Zionis

Rumah rakyat Palestin di roboh Zionis

by Noor Sheila Amin

BAITULAHAM , 14 Feb – Rumah milik keluarga Palestin berhampiran tembok pemisah di bandar Beit Jala, dimusnah oleh tentera Zionis dengan menggunakan jentolak, semalam.

Pemilik rumah berkenaan, Muhammad Mousa Zreineh berkata, tentera Zionis menyerbu dan mengasari ahli keluarganya sebelum menjalankan kerja-kerja perobohan.

Tambah Zreineh, ini adalah kali kedua keluarganya hilang tempat tinggal selepas Israel memusnahkan rumahnya pada 2016.

Alasan yang kerap digunakan Rejim Israel untuk melaksanakan perobohan ke atas rumah penduduk Palestin secara berterusan ialah membina rumah tanpa permit.

Related Articles

Leave a Reply