Home SemasaGlobal Rusuhan di Haiti, 78 banduan terlepas

Rusuhan di Haiti, 78 banduan terlepas

by Noor Sheila Amin

Saksi berkata, rusuhan anti Moise itu berlaku di hadapan balai polis yang bersambung dengan penjara di Aquin, sebuah pekan dihuni kira-kira 100,000 penduduk di Semenanjung Tiburon, selatan negara itu.

Bekas koloni Perancis itu berdepan krisis politik yang menyaksikan penduduk merusuh di jalan raya di sekitar ibu negara dan beberapa lokasi lain sejak minggu lalu bagi mendesak Moise melepaskan jawatan.

Beberapa halangan diletakkan di kawasan tertentu di ibu negara dan bandar lain manakala penunjuk perasaan terus mendesak presiden menjawab segala laporan penyelewengan serta salah urus dana pembangunan di negara termiskin Caribbean itu.

Keadaan di penjara Haiti dianggap antara yang paling buruk di dunia oleh kumpulan hak asasi manusia. Ini kerana kepadatan penghunu selain berdepan masalah kebersihan, kekurangan makanan dan penjagaan kesihatan.

Selain itu, sistem kehakiman negara itu pula dikatakan terlalu lembab dan turut menyumbang kepada semua krisis itu.

Tahun lalu, siasatan mendapati tiga suku daripada 11,839 banduan di Haiti masih menanti keputusan mahkamah, malah ada kes yang tertangguh melebihi 10 tahun.

Related Articles

Leave a Reply