Menurut laporan Utusan, berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir, Panglima Briged Ke-30 Infantri, Brigadier Jeneral Hashim Aman Shah.

Mardzuki bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kestabilan di utara tanah air meliputi Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Beliau mula berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 11 Julai 1988 dan mengambil alih jawatan terkini itu pada 9 November 2018.

Tuanku Syed Sirajuddin ialah Kolonel Yang Dipertua Kor Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja manakala Tuanku Syed Faizuddin Putra ialah Komander Pasukan Simpanan Tentera Darat Rejimen 504 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Bukit Keteri dekat sini.