Home Semasa 14 pertuduhan rasuah bakal dihadapi bekas MP Kota Tinggi

14 pertuduhan rasuah bakal dihadapi bekas MP Kota Tinggi

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 13 Feb -Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berdepan dengan 14 pertuduhan menerima rasuah di hadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lalu, Ehsanuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas pertuduhan menerima RM50,000 dan sebidang tanah sebagai rasuah daripada sebuah syarikat percetakan pada tahun 2013 dan 2014.

Ehsanuddin, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad dan memohon dibicarakan untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Komunikasi bagi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di bawah Jabatan Perdana Menteri, pengarah Felda Investment Corporation (FIC) dan ahli lembaga Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Related Articles

Leave a Reply