Home Semasa Siapa Ketua Polis Negara, Timbalan yang baharu?

Siapa Ketua Polis Negara, Timbalan yang baharu?

by Air Times News Network

SEMENYIH, 10 Feb – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata siapa Ketua Polis Negara (KPN) baharu akan diputuskan dalam mesyuarat antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam tempoh terdekat.

Menurut laporan Berita Harian, selain itu jawatan Timbalan KPN yang baharu juga akan diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Muhyiddin pada sidang media di pusat rekreasi Semenyih Ecoventure Resort & Recreation, semalam.

“Senarai calon bagi menggantikan dua jawatan penting polis itu akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

“Insya-Allah, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat kerana tempoh bersara sudah hampir tiba dan ini akan diputuskan Dr Mahathir,” katanya.

Kenyataan oleh Muhyiddin itu sekali gus menenggelamkan cakap-cakap bahawa KPN, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dan timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, bakal menamatkan kontrak perkhidmatan masing-masing pada bulan Mei ini.

 

Related Articles

Leave a Reply