Home Semasa ‘Bro’ berapa lama nak edit transkrip universiti? – Wee Ka Siong

‘Bro’ berapa lama nak edit transkrip universiti? – Wee Ka Siong

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong secara sinis mempersoalkan tempoh yang diambil Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya untuk mengedit transkrip yang didakwa diterima dari Cambridge International University.

Ka Siong menerusi kenyataan Facebooknya berkata transkrip universiti yang dihantar oleh Marzuki sebagai bukti kelayakan universitinya didapati mempunyai gred bagi kesemua sembilan mata pelajaran serta purata nilai gred (GPA) 100 peratus sama dengan transkrip contoh (template) yang dipaparkan di laman web Universiti tersebut.

Menurutnya lagi terdapat tiga kemungkinan bagaimana ini boleh berlaku.

“Kemungkinan pertama ialah kebetulan yang amat luar biasa, iaitu lebih susah untuk ditemui berbanding dengan kita kena hadiah pertama Sports Toto.

“Kemungkinan kedua, universiti yang sudah lama diragui ramai ini, menghantar keputusan yang serupa kepada semua ‘graduan’ yang membayar yuran.

“Kemungkinan ketiga, ‘bro’ berapa lama dipakai untuk copy, paste, edit?,” soal Ka Siong.

 

 

Related Articles

Leave a Reply