Home Semasa Pegawai TLDM ditahan SPRM

Pegawai TLDM ditahan SPRM

by Noor Sheila Amin

Memetik laporan Berita Harian, pegawai berpangkat Leftenan berusia 30 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan tuntutan sewa pembekalan perkhidmatan katering dianggarkan bernilai lebih RM16,000 pada Oktober 2017.

Menurut sumber, pegawai terbabit ditahan pada jam 9.50 pagi hari ini ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Sarawak.

Pegawai terbabit dipercayai bersubahat dengan tiga lagi suspek ketika mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu berhubung perkhidmatan sewaan tiga bas dan perkhidmatan katering untuk latihan menembak TLDM pada Oktober 2017 sedangkan perkhidmatan itu tidak dibuat.

“Tiga suspek terbabit ditahan sebelum ini dan ketika penggeledahan dibuat di sebuah rumah suspek sebelum ini, SPRM menemui wang berjumlah lebih RM14,000 di dalam satu sampul surat.

“Wang itu adalah hasil tuntutan yang dibuat oleh seorang suspek dan dipercayai akan dibahagikan kepada beberapa lagi suspek,” katanya.

Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Related Articles

Leave a Reply