Home SemasaGlobal Ketua Junta bakal bersaing dengan Puteri Thailand pada pilihan raya

Ketua Junta bakal bersaing dengan Puteri Thailand pada pilihan raya

by Noor Sheila Amin

Pengumuman itu dilihat antara usaha untuk mengekalkan pengaruh pihak tentera dalam politik Thailand, kira-kira empat tahun selepas rampasan kuasa oleh junta.

“Saya bersetuju untuk menerima cadangan oleh parti Phalang Pracharat untuk mencalonkan saya sebagai calon Parlimen sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Turut umum menjadi calon pilihan raya adalah kakak kepada Raja Thailand, Puteri Ubolratana yang berusia 67 tahun dan beliau akan mewakili parti yang mempunyai kaitan dengan keluarga Shinawatra, sekali gus mengejutkan hasrat junta tentera untuk mengekalkan kuasa.

“Parti bersetuju untuk mencalonkan Puteri Ubolratana dan berdasarkan latar belakang pendidikan serta kemahiran yang dimilikinya, beliau adalah calon paling sesuai untuk jawatan itu (perdana menteri),” kata pemimpin parti Thai Raksa Chart, Preechapol Pongpanich kepada wartawan.

Related Articles

Leave a Reply