Home Politik Hadi tarik balik saman terhadap Clare Rewcastle

Hadi tarik balik saman terhadap Clare Rewcastle

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Datuk Seri Hadi Awang yang menarik balik saman terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga 11 Februari ini.

Memetik laporan Berita Harian, Hadi juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga mesyuarat peringkat pusat diadakan.

Menurut peguam, Syahredzan Johan berkata, daripada perspektif guaman, penarikan saman yang dilakukan oleh Presiden Pas itu,  bukanlah perkara luar biasa malah tiada istilah yang ‘menang’ atau ‘kalah’.

Menurut beliau, tindakan tarik balik saman itu menimbulkan spekulasi, jadi sewajarnya Pas mengemukakan bukti bahawa rencana siaran Sarawak Report tersebut adalah fitnah atau tidak.

 

Related Articles

Leave a Reply