Home Semasa 7,300 terjunan – Bekas komando

7,300 terjunan – Bekas komando

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Bekas komando Angkatan tentera Malaysia (ATM), Abdul karim Salleh, 69, telah melakukan 7,300 kali terjunan udara (skydiving) sejak 1977 hingga kini.

“Buat masa ini, saya tidak terlintas di fikiran untuk berhenti daripada melakukan aksi terjunan udara (skydiving) kerana sudah minat dan sebati dengan aktiviti lasak ini.

“Alhamdulillah, selagi kudrat masih mampu dan kuat akan saya lakukannya. Terjunan terakhir saya pada Disember tahun lalu,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Jurulatih Kelab Payung Terjun Kuala Lumpur itu berkata, bagi peminat sukan payung terjun itu, aspek keselamatan akan terjamin sekiranya mereka mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan dan dipelajari ketika mengikuti kelas teori penerjunan.

Abdul Karim yang juga bekas komando ATM berkata, bagi mereka yang terjun pada kali pertama, paras selamat ialah di bawah 3,657 meter.

Menurutnya, sepanjang pembabitannya sebagai penerjun, dia pernah mengalami kecederaan di lutut dan terpaksa berehat selama setahun bagi memastikan ia benar-benar pulih.

“Walaupun kecederaan yang dialami serius ia tidak melemahkan semangat saya untuk melakukan lagi terjunan udara kerana tidak serik dan sememangnya memang minat.

Kelab Payung Terjun Kuala Lumpur kerap mengadakan latihan dan kursus kepada orang ramai yang berminat menyertai aktiviti itu di Segamat, Johor.

Related Articles

Leave a Reply