Home SemasaGlobal Pelajar cedera ditembak Zionis

Pelajar cedera ditembak Zionis

by Noor Sheila Amin

RAMALLAH – TEBING BARAT, 1 Feb – Tentera Zionis menyerbu perkampungan Tuqu dan mengepung sekolah menengah di Baitulaham, menyebabkan tiga pelajarnya cedera terkena peluru hidup dilepaskan tentera Israel, semalam.

Menurut sumber, tentera Israel menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata bagi menyuraikan pelajar yang mula berkumpul di pekarangan sekolah.

Pertubuhan Palang Merah Palestin (PRCS) mengesahkan anggota paramediknya telah menghantar mangsa yang cedera ke hospital berhampiran.

PRCS berkata ketiga-tiga mangsa mengalami luka tembakan di bahagian perut, pinggul dan kaki dan dua daripadanya dalam keadaan kritikal.

Related Articles

Leave a Reply