Home Semasa Tengku Ampuan, Tengku Mahkota Pahang dimasyhurkan

Tengku Ampuan, Tengku Mahkota Pahang dimasyhurkan

by Air Times News Network

PEKAN, 29 Jan – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baharu, selepas kali terakhir gelaran itu disandang 31 tahun lepas.

Mankala Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang.

Istiadat pelantikan dan pemasyhuran itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini di hadapan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang yang baru dimasyhurkan, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.

Surat Pengisytiharan Pelantikan sebagai Tengku Mahkota Pahang dibacakan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah – Bernama

Biodata Tengku Ampuan Pahang

Berikut adalah biodata rasmi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Tunku Azizah yang dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, merupakan anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.

PENDIDIKAN

1963-1966 : Taman Kanak-Kanak Tengku Ampuan Besar Meriam, Johor Bahru

1967-1972 : Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru

1973-1979 : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

1982-1983 : Universiti Nasional Singapura (NUS) (Sains Politik dan Sosiologi)

SUAMI

Berkahwin dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986.

ANAKANDA PUTERA DAN PUTERI

  1. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

  2. Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah

  3. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Iman Afzan

  4. Yang Amat Mulia Puteri Ilisha Ameera

  5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Ilyana

  6. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah

  7. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah

  8. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah

  9. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

JAWATAN DISANDANG

  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang

  • Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja

  • Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Dunia

  • Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Pahang

  • Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Kebangsaan (1991)

  • Naib Yang Dipertua PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011)

  • Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang

  • Pengasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)

  • Pemegang Amanah Utama Yayasan Istana Abdulaziz

  • Ahli Lembaga Pengarah The Olave Baden-Powell Society Peringkat Dunia

  • Canselor Diraja Universiti Kolej Berjaya

  • Canselor Diraja Universiti Kolej Yayasan Pahang

  • Presiden Serantau untuk Asia Tenggara dan Timur Jauh, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2010-2016)

  • Timbalan Presiden Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2007- 2010)

  • Penaung Diraja Persatuan Jurumasak Pantai Timur dan Malaysia

  • Penaung Diraja Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia

  • Patron Trefoil Guild Pahang (2001)

PENCAPAIAN

  • Calon World Presiden Associated Country Women of the World (ACWW) di Melbourne, Australia pada April 2019 (tarik diri).

  • Menubuhkan TAFF dengan kelahiran sebanyak 115 bayi sejak 2004.

  • Anggota Global Girls Fund Council of Ambassadors, World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 2010.

  • Penaung Diraja, WAGGGS Friends of Asia Pacific 2006.

  • ASEAN Global Award for Achievement 2012.

  • Menubuhkan Sekolah Masak Tunku Azizah WI Negeri Pahang.

  • Menubuhkan Charity Shop WI.

  • Menubuhkan Pusat Jahitan Women’s Institute, Pahang.

  • Menghadiri persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia sebanyak lima kali.

  • Menghadiri Commission on the Status of Women, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 2009 dan 2018.

  • Menghasilkan buku resipi ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ pada 2005 dan dua buku resipi lain iaitu ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang – Masakan Tradisional Pahang’ dan ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang – Manisan Tradisional Pahang’ pada 2018.

  • Mengangkat Tenun Pahang dengan memasyhurkannya sebagai Tenun Pahang Diraja pada Mei 2006 dan perkembangan dipantau rapi melalui Badan Penasihat Pembangunan Tenun Pahang Diraja.

  • Menubuhkan Institut Kemahiran Tengku Ampuan Mariam untuk melatih golongan muda khasnya untuk memartabatkan Tenun Pahang Diraja di Kompleks Budaya dan Kraftangan Pulau Keladi pada 2010 selain turut mengasaskan Yayasan Tenun Pahang Diraja.

MINAT

  • Memasak, menjahit, mengait, menyulam, membatik dan mereka bentuk Tenun Pahang Diraja.

Biodata Tengku Mahkota Pahang

Berikut adalah biodata rasmi Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan oleh Istana Abu Bakar, di sini hari ini.

Tengku Hassanal telah diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

PENDIDIKAN

2002 – 2005 : Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang

2006 – 2009 : Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom

2009 – 2014 : Sherbone School, London, United Kingdom

2015 – 2018 : University Institute– Geneva School Of Diplomacy and International Relations

Bachelor of Arts In International Relations

27 Sept 2018 : Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan

1 Jan 2019 – 14 Dis 2019 : Commisioning Course, Royal Military Academy Sandhurst

KETENTERAAN

31 Okt 2018 – Pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia

PELANTIKAN SEBAGAI TENGKU PANGLIMA BESAR PAHANG

Pada 18 Jun 2018 telah dilantik menjadi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

SUKAN

Tengku Hassanal amat meminati bidang sukan. Pada 25 Jun 2016, Tengku Hassanal telah mengikuti acara perlawanan amal yang dinamakan The Jerudong Park Polo Trophy bersama HRH Prince William Duke of Cambridge dan HRH Prince Harry di Cirencester Park Polo, England. Turut berangkat sama menyaksikan perlawanan adalah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain meminati sukan berkuda polo, Tengku Hassanal juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat.

PADUKA KEKANDA DAN ADINDA

Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti Sultan Abdullah

Yang Mulia Puteri Ilisha Ameera binti Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana binti Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Sultan Abdullah

JAWATAN DISANDANG (TERKINI)

Persatuan Muay Thai Pahang (Penaung Diraja)

Related Articles

Leave a Reply